
Shima mengorak langkahnya. Dia ingin membuka locker tersebut. Di dalam kotak tersebut.. terdapat seutas rantai berbentuk hati yang cantik sekali.
Tanpa berlengah, dia memakainya.
Kemudian, "keeerrrr" Shima teralihkan kedudukan kerusi berdekatan. Akhirnya, Mak Edah menjumpainya. "hihihih" Shima mengukir senyuman manjanya..
"Shima...Shima.. Bilalah awak ni matang sikit? Umur dah 20tahun dah.. Boleh kawin dah tp.. masih lagi kalut.. pecah barang sana-sini.." Mak Edah terlihat rantai itu.
Matanya terbeliak. Kelihatan kedut-kedut di muka tuanya.
Lalu, Mak Edah melihat kotak antik yang telah dibuka oleh Shima. Dia berlalu tanpa mengucapkan apa-apa pun.. "Eik, Mak Edah marah bebenor ke? Pelik." Hubungan Mak Edah dan Shima seperti ibu dan anak. Mak Edah marah pun kerana sayang. Tapi, kali ini.. Mak Edah seperti risau sahaja.
"Adakah kerana rantai ini?" "Ada apa dengan rantai ini? Rantai Mak Edah ke tp, kalau rantai dia.. kenapa ada kat kotak ini." Shima berlari,"Mak Edah..Mak Edah, ni Mak Edah punya ke? Ambillah.. Shima tak sengaja pakai.."
"Tidak, rantai ini memang berada di tangan orang yang sepatutnya," jawab orang tua itu.
"Apa maksudnya? " Shima bermonolog dalam hati kecilnya.
Sehari-suntuk dia melihat rantai itu.
No comments:
Post a Comment