
"Debokk!!" Kepalanya terhantuk di bawah meja, buatan dari India yang baru dibeli oleh ayahnya, Dato' Zamri yang merupakan seorang ahli perniagaan termasyhur di Malaysia. Dato' Zamri seorang yang sungguh teliti orangnya. Namun, lain pula sifat anak emasnya itu.
"Aduh, pecah kepala aku!" Jerit Shima. Shima terus bangun dan meletakkan tangan kanannya di atas kepalanya yang rasa nak pecah itu.
Tanpa disedari, "Prankkk!" jatuh sebuah vas kecil yang terkena tangan kanannya itu. "Astagfirullahalazim. Banyak-banyak vas kat umah ni, vas ni jugak ke nak pecah"
Hatinya memaki-maki dirinya kerana sentiasa melakukan kesalahan yang sama. Sebelum ni, sudah dua vas kecil yang mahal harganya telah dipecahkan oleh gadis tinggi lampai ini kerana tangannya yang panjang. Bukan panjang tangan. Dia seolah-olah tidak dapat mengawal tubuh badannya langsung. Kalau tangannya tidak melanggar apa-apa barang, kakinya pula akan tersepak carpet di rumah dan jatuh tersungkur. Memang tidak seperti anak-anak orang kaya yang lain.
"Nurhashima Safura binti Zamri!" Alamak.. itu suara mak ciknya.. Matanya yang bulat berwarna coklat kehitam-hitaman terbeliak "Confirm Mak Edah tahu Shima pecahkan barang lagi" bisik hati Shima. (kerana Mak Edah memanggil nama penuhnya) Selalunya, kalau Mak Edah panggil nama penuh, mesti nak mengamuk.. Run for your life.
No comments:
Post a Comment